Reka bentuk Airbus A400M

Model pesawat A400M menunjukan enjin turbopropGiar pendaratan pesawat A400M

Pesawat Airbus A400M akan meningkatkan kapasiti pengangkutan udara dan jarak jika dibandingkan dengan pesawat yang akan digantikannya, iaitu versi awal Hercules dan Transall. Muatan kargo dijangka bertambah dua kali ganda berbanding pesawat sedia ada, iaitu jumlah muatan dan isipadu, dan termasuk jarak operasi. Seperti pesawat Airbus yang lain, pesawat A400M akan memiliki kokpit kaca sepenuhnya (semua maklumat akan diterima melalui skrin berwarna yang besar) dan fly-by-wire, menjadikan ia sebagai loncatan teknologi dibandingkan dengan pesawat awal C-130 dan C-160 yang mana dioperasi oleh kebanyakan negara pada masa ini.

Pesawat Airbus A400M boleh dioperasikan dalam pelbagai konfigurasi seperti pengangkut kargo, pengangkut anggota tentera, pemindahan perubatan, penangki udara, dan pengawasan elektronik.

Pada awalnya enjin turboprop SNECMA M138 (berasaskan M88) telah dipilih untuk pesawat A400M. Airbus Military telah mengeluarkan Permintaan Untuk Cadangan yang baru pada April 2002 yang mana telah mendapat sambutan dari firma Pratt & Whitney Kanada dan Europrop. Walaupun sumber-sumber pihak industri menyatakan cadangan dari Pratt & Whitney telah memenangi tawaran. Pada Mei 2003, pihak Airbus Military telah mengumumkan, setelah menilai kedua-dua reka bentuk, pemilihan adalah bagi enjin Europrop TP400-D6.

Sayap pesawat A400M dibuat dengan menggunakan bahan fiber karbon diperkuat plastik. Kokpit pesawat memaparkan sistem kawalan penerbangan fly-by-wire dengan tuas kawalan tepi dan perlindungan penerbangan. Enjin turboprop yang berkuasa tinggi membolehkan ia digunakan dalam operasi kawalan trafik udara awam.[1]

Pengeluaran

Pesawat A400M dipasang di kilang milik EADS Spain, Seville bermula pada suku tahun pertama 2007. Airbus merancang untuk mengeluarkan 30 buah pesawat setahun.[2] Kebanyakan komponen dihantar melalui pesawat pengangkut Airbus Beluga. Empat buah enjin ujian penerbangan EuroProp TP400-D6 telah dihantar pada hujung bulan Februari 2008 untuk dipasang pada pesawat pertama Airbus A400M.[3] Berdasarkan EADS, "ujian statik" pertama pada struktur khas pesawat A400M bermula pada 14 Mac 2008 di Sepanyol.[4]

Ujian penerbangan sulung, yang dijangka pada suku tahun pertama 2008, telah ditangguhkan kerana kelewatan program yang berulang, perubahan jadual dan tekanan kewangan. EADS telah mengumumkan pada awal Januari 2008 masalah pembangunan enjin yang berlanjutan sebagai penyebab kelewatan ke suku kedua 2008, sebelum ujian penerbangan ke atas enjin pertama pada pesawat C130. Penerbangan sulung pesawat, dahulunya dijangka pada bulan Julai 2008 menjadikan ia tidak pasti, tetapi kemungkinan besar pada hujung tahun 2008. Terdapat juga cerita di akbar-akhbar penerbangan antarabangsa, yang mana telah dinafikan oleh eksekutif di firma Airbus, yang mana terdapat isu-isu lain berkenaan reka bentuk pesawat dan isu-isu berkenaan komponen-komponen sayap dan fiuslaj.[5] Pensijilan kegunaan awam adalah di bawah kuasa EASA CS-25 dan diikuti dengan pensijilan untuk kegunaan ketenteraan.

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Airbus A400M http://news.gc.ca/web/view/en/index.jsp?articleid=... http://www.a400m-countdown.com/index.php?v=4&spage... http://www.airbus.com/en/presscentre/pressreleases... http://www.airbusmilitary.com/ http://www.airbusmilitary.com/countdown/index.html http://www.airbusmilitary.com/pressrelease.html#18... http://www.airforce-technology.com/projects/fla/ http://www.airframer.com/aircraft_detail.html?mode... http://www.aviationweek.com/aw/blogs/defense/index... http://www.boeing.com/news/releases/2007/q3/070808...